Polis siasat video lelaki pukul wanita

28 Jan 2023 • 3:53 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

GUA MUSANG: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung klip video kejadian seorang lelaki memukul seorang wanita yang didakwa berlaku di daerah ini agar tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata klip video berdurasi 1 minit 47 saat itu telah dimuat naik di Facebook pada Khamis lepas.

Bagaimanapun, katanya hingga kini tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian tersebut.

“Hasil siasatan polis, kejadian itu dikatakan berlaku di Lebuhraya Kota Bharu-Gua Musang dekat Paloh 2, di sini, namun tiada kepastian.

“Tarikh dan masa kejadian juga tidak dikenal pasti,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sik berkata semua Ketua Polis Balai diarah untuk mengesan suspek berdasarkan individu dan tempat kejadian dalam video itu.

Terdahulu, tular rakaman video menunjukkan seorang wanita hanya menahan kesakitan dan tidak melawan apabila dimarahi, ditampar serta dipukul dengan topi keledar oleh seorang lelaki. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved