Polis Siasat Video Tiga Kenderaan Halang Laluan Di Lebuh Raya

LocalPolitics
3 Jul 2025 • 10:03 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Polis Siasat Video Tiga Kenderaan Halang Laluan Di Lebuh Raya

REMBAU — Polis menyiasat satu rakaman tular di media sosial memaparkan tiga buah kenderaan yang menghalang laluan di Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Pedas-Linggi.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Hasani Hussain,kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 279, 341 Kanun Keseksaan serta Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu dengan cuai atau melulu sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau dendan sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana menghalang laluan orang awam. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga satu bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana meletak atau mengendalikan kenderaan dengan cara menyusahkan pengguna jalan raya. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda minimum RM1,000 dan maksimum RM5,000 serta boleh digantung lesen memandu sehingga 12 bulan.

“Polis memandang serius terhadap sebarang tindakan yang mengganggu atau mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain, terutamanya di lebuh raya yang mempunyai aliran trafik berkelajuan tinggi.

“Tindakan sedemikian bukan sahaja melanggar undang-undang malah berpotensi menyebabkan kemalangan maut,” katanya.

Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi pegawai penyiasat, INSP Noor Fathiah Ak’Dillah Ishak di talian 010-5825384 atau SJN Siti Nur Balqes Abdul Rahim di talian 019-7992519 atau bilik Gerakan IPD Rembau di talian 06-6851999.

https://www.facebook.com/100064380685693/posts/1165941068895238/?rdid=T2R0MqAym3GVEK9q#