Polis siasat video tular insiden pergaduhan sekumpulan individu

LocalPolitics
13 Mar 2025 • 10:52 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Video tular memaparkan insiden pergaduhan sekumpulan individu di Petaling Jaya.

PETALING JAYA – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan individu selepas rakaman video kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi satu minit 14 saat yang dimuat naik di akaun Instagram pada Selasa.

“Rakaman tersebut menunjukkan beberapa individu keluar daripada dua kenderaan sebelum berlaku pergaduhan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, hasil semakan mendapati satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Orang ramai dinasihatkan agar menjaga tingkah laku dan tidak melakukan sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang.

“Kami juga menyeru masyarakat agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat atau sahih mengenai kejadian ini,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved