Polis Siasat Video Tular Kanak-Kanak Didera Di Tadika

15 Aug 2022 • 11:44 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Polis Siasat Video Tular Kanak-Kanak Didera Di Tadika

KUALA LUMPUR – Polis kini dilaporkan sedang menjalankan siasatan berhubung kes satu video tular berkenaan penderaan kanak-kanak yang berlaku di sebuah Tadika di Taman Megah, Kepong.

Polis memberitahu, pihak mereka telah menerima aduan dari seorang perempuan warga tempatan berumur 33 tahun, mendakwa dirinya telah melihat satu klip video yang tular di mana jelas menunjukkan anak lelakinya telah dipukul oleh guru tadikanya di kawasan Kepong.

Hasil siasatan mendapati, klip video tersebut jelas menunjukkan kanak-kanak berkenaan menangis selepas dipukul dengan kasar menggunakan tangan serta dipaksa untuk makan sesuatu.

Pengadu mendakwa, kanak-kanak lelaki di dalam video tersebut merupakan anaknya.

Pihak polis juga turut mengesahkan bahawa terdapat dua klip video yang telah tular di media sosial berkenaan kejadian ini.

Kedua-dua klip video tersebut menunjukkan tindakan seorang perempuan dewasa memukul seorang kanak-kanak secara kasar menggunakan tangan.

Namun, pihak polis juga telah melaporkan bahawa kejadian tersebut sebenarnya berlaku pada bulan Mei 2022 yang lalu dan siasatan berkenaan klip video tersebut akan dijalankan dibawah seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Sehubungan itu, pihak polis meminta sesiapa sahaja yang mengetahui atau mengesyaki mana-mana kanak-kanak yang berada dalam bahaya atau berisiko untuk didera segera melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai insiden ini juga diminta untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222 dengan segera.

image is not available