Polis siasat video tular penduduk pangsapuri bergaduh

17 Jul 2023 • 2:49 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Polis menjalankan siasatan berhubung penyebaran video pergaduhan melibatkan penduduk di sebuah pangsapuri di Tampoi di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh berkata semakan mendapati kes itu mempunyai kaitan dengan dua laporan yang diterima daripada individu terlibat, dalam kejadian tiga hari lepas.

“Keterangan daripada pihak terlibat dan saksi bebas yang merupakan penduduk di pangsapuri itu telah diambil dan punca pergaduhan masih dalam siasatan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 160 KK dan Seksyen 427 KK.

“Kita menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini agar menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Shazril Salim di talian 016-3425316,“ katanya.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 2 minit 17 saat yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun media sosial yang memaparkan mengenai kejadian pergaduhan melibatkan beberapa penduduk di pangsapuri berkenaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved