Polis Sibu Buru Suspek Lepaskan Tembakan Mercun Ke Arah Restoran

30 Mar 2025 • 9:53 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suspek melepaskan mercun dari dalam kereta ke arah pelanggan restoran

Polis Sibu Buru Suspek Lepaskan Tembakan Mercun Ke Arah Restoran. Dilaporkan, polis kini sedang giat memburu seorang individu yang bertindak melepaskan tembakan mercun ke arah sebuah restoran di Jalan Lanang, dalam kejadian yang berlaku pada malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 4.05 petang, Jumaat, selepas video insiden berkenaan tular di media sosial.

image is not available
Polis Sibu Buru Suspek Lepaskan Tembakan Mercun Ke Arah Restoran. Sumber gambar: Utusan Malaysia

Suspek boleh dikenakan hukuman penjara atau denda RM10,000

“Kami sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957. Jika didapati bersalah, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda RM10,000, atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang melakukan perbuatan membahayakan keselamatan orang awam dan merosakkan harta benda.

image is not available
Sumber gambar: Harakahdaily

Mercun jenis das (buluh) digunakan

Berdasarkan rakaman video berdurasi 1 minit 8 saat yang dikongsikan oleh akaun Amazing Sarawak di Facebook, insiden itu melibatkan sebuah Proton Wira putih yang dipandu seorang lelaki tidak dikenali. Dalam video tersebut, individu itu dilihat melepaskan mercun jenis das (buluh) dari dalam kereta ke arah sekumpulan orang di restoran berkenaan.

Polis kini sedang mengesan suspek serta saksi kejadian untuk membantu siasatan.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: