Polis sudah rakam keterangan suami pelakon wanita

5 Jul 2023 • 7:09 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar tular di media sosial.

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam keterangan pemilik kenderaan yang tular menggunakan nombor pendaftaran palsu pada kenderaan mewah jenis McLaren.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, individu berkenaan telah dirakam keterangan oleh pegawai penyiasat di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur.

"Kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 108 (3) (f) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan Negeri Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meminta bantuan polis untuk mengesan suami seorang pelakon dikenali sebagai Opai bagi bantu siasatan berhubung penggunaan nombor pendaftaran 'QPA1' yang bukan didaftarkan atas kereta McLaren miliknya.

Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang berkata, ia selepas lelaki itu masih belum hadir ke pejabat JPJ bagi dirakam keterangan walaupun notis panggilan temu siasat telah diserahkan kepadanya.

Sebelum itu, lelaki terbabit dikecam teruk selepas tular videonya didakwa menghina kenderaan bukan 'supercar' pada sebuah acara pertunjukan kereta baru-baru ini.