Polis Tahan 9 Remaja Lelaki Disyaki Terlibat Kes Buli Di Spaoh

25 Jun 2024 • 9:04 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bakal berdepan hukuman penjara

Polis Tahan 9 Remaja Lelaki Disyaki Terlibat Kes Buli Di Spaoh. Polis menahan sembilan individu disyaki terlibat dalam kejadian buli seorang remaja lelaki di Spaoh yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Zamry Alli dalam kenyataan berkata, kesemua mereka yang berumur 12 hingga 26 tahun itu ditahan di sekitar daerah berkenaan selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa hari ini.

image is not available
Polis Tahan 9 Remaja Lelaki Disyaki Terlibat Kes Buli Di Spaoh. Sumber: Sinar Harian

Beliau berkata, mangsa telah tampil ke Balai Polis Betong untuk membuat laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dan Sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Saya meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden tersebut kerana kes masih dalam siasatan pihak polis,” katanya.

image is not available

Terdahulu tular rakaman video di TikTok dan Facebook memaparkan remaja berkenaan ditampar beberapa kali di bahagian muka dan kepala oleh seorang individu dengan beberapa remaja lelaki lain turut berada di tempat kejadian.

Baca lagi artikel menarik: