Polis tahan dua suspek, selesai 7 kes pecah rumah

17 May 2025 • 10:10 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Tindakan pantas pihak polis membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di daerah ini.

Polis percaya bahawa dengan penahanan ini, mereka telah berjaya menyelesaikan tujuh kes yang dilaporkan, melibatkan kerugian dianggarkan berjumlah RM149,363.

Suspek pertama mempunyai enam rekod jenayah lampau yang melibatkan kes dadah, rompakan dan pecah rumah, manakala suspek kedua tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Turut dirampas, pelbagai barangan yang dipercayai barangan curi seperti barang kemas, wang tunai mata wang asing, kenderaan dan beberapa dokumen penting milik mangsa kes pecah rumah.

Salah seorang suspek juga didapati positif metamfetamin dan amfetamin.

Kejayaan ini adalah hasil kecekapan dan komitmen pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Ranau dalam membanteras aktiviti jenayah serta memastikan keselamatan awam di daerah ini terjamin.

Orang ramai dinasihatkan agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu usaha membanteras jenayah di daerah ini.