Polis tahan lelaki bantu siasatan kes buang kucing dalam sungai

2 Jun 2024 • 6:22 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

GEORGE TOWN, 2 JUN: Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong, di sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata lelaki berusia 40-an itu ditahan di kawasan Jelutong, petang semalam hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan pihak polis.

“Lelaki itu direman untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial video berdurasi 66 saat memaparkan beberapa individu mengambil sebuah guni dari dalam sungai dan mendapati terdapat bangkai kucing dalam guni yang berikat itu.

Terdahulu Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika dilaporkan berkata kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku dan pihaknya telah menerima maklumat berkaitan insiden sama beberapa kali sebelum ini.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved