Polis tahan lelaki bersama 7.4kg syabu di Tawau

15 Aug 2023 • 1:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Taktik seorang suspek pengedar dadah menyembunyikan 7.4kg dadah bernilai RM444,400 di dalam sebuah tong cat yang diisi dua bungkus tepung di atasnya, gagal apabila ditahan polis di kawasan jeti awam Pelabuhan Tawau pada 8 Ogos lalu.

Polis percaya dadah tersebut dibawa masuk ke daerah ini untuk transit sebelum cuba diseludup keluar dari Tawau.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek warga asing, 22, itu ditahan sekitar jam 10.10 pagi kerana dilihat mencurigakan ketika sedang membawa satu karung guni berwarna putih.

“Hasil pemeriksaan mendapati, karung guni itu mengandungi satu karung guni lain berwarna hijau yang di dalamnya berisi satu tong cat.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Tong cat itu pula mengandungi tujuh bungkusan plastik hijau tertulis ‘Guanyinwang’ bersama dua bungkusan tepung gandum,” katanya dalam sidang media di IPD Tawau, pada Isnin.

Menurutnya, ketujuh-tujuh bungkusan itu didapati mengandungi ketulan hablur jernih disyaki syabu seberat 7.4 kg yang dipercayai untuk diseludup keluar daripada Tawau.

Jasmin berkata, siasatan awal mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga negatif sebarang jenis dadah.

Tambahnya, suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, polis ketika ini masih giat menjalankan usaha mengesan rangkaian pengedaran dadah tersebut dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan agar menyalurkannya kepada polis.

“Kami komited meneruskan usaha agresif untuk menangani kes-kes berkaitan dadah di daerah ini untuk menjadikan Tawau sejahtera.

“Sejak Januari hingga Ogos tahun ini, kita sudah merampas sejumlah 23,734.12 kg syabu dalam beberapa tangkapan besar di daerah Tawau,” katanya.

Dalam pada itu, Jasmin berpesan kepada ibu bapa agar memantau anak-anak remaja, termasuk menjalankan ujian air kencing dengan mendapatkan kit di farmasi sebagai langkah pencegahan awal penglibatan anak remaja merkea ke dalam kancah penagihan dadah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.