Polis tahan lelaki berusia 20-an disyaki simbah asid terhadap Faisal Halim

6 May 2024 • 12:10 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an dipercayai terlibat kes menyimbah asid terhadap penyerang Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah di Damansara, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Scoop mengesahkan mengenai perkara itu.

Menurut beliau, suspek ditahan di Pandan Indah.

image is not available
Suspek simbah asid terhadap penyerang Selangor FC, Faisal Halim direman dua hari sehingga esok di Mahkamah Petaling Jaya - Gambar ihsan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, 6 Mei, 2024

“Kita telah mendapatkan tahanan reman terhadap suspek selama dua hari sehingga esok di Mahkamah Petaling Jaya. Buat masa ini kita telah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa (Faisal),” katanya.

Hussein berkata, beberapa saksi akan dipanggil hari ini bagi melengkap siasatan polis.

Semalam Scoop melaporkan, Faisal cedera disimbah cecair dipercayai asid ketika pemain bola sepak kebangsaan itu berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Ia merupakan kejadian kedua melibatkan pemain bola sepak negara dengan kes pertama berlaku ke atas pemain Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid, yang cedera di kepala apabila disamun di Kuala Terengganu.

Pemain kelahiran Kedah itu kemudian dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa cedera di kepala, kaki kiri dan lengan kiri selain menanggung kerugian hampir RM5,000. - 6 Mei, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved