Polis Tahan Lelaki Dari Bintulu Gara-Gara Tergamak Tumbuk Ibu Usia 91 Tahun

17 Jul 2023 • 4:46 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suspek berusia 60 tahun ditangkap

Polis Tahan Lelaki Dari Bintulu Gara-Gara Tergamak Tumbuk Ibu Usia 91 Tahun. Polis menahan seorang lelaki kerana didakwa memukul ibunya berusia 91 tahun di sebuah rumah panjang di Selangau.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias ​​berkata, suspek berusia 60 tahun itu ditahan jam 3 petang semalam bagi membantu siasatan.

image is not available
Polis Tahan Lelaki Dari Bintulu Gara-Gara Tergamak Tumbuk Ibu Usia 91 Tahun. Kredit: Borneo Post

Beliau berkata pada 16 Julai lalu, video berdurasi 26 saat menunjukkan seorang lelaki memukul seorang wanita tua dengan tangannya menjadi viral di Facebook.

Selepas pemeriksaan lanjut, beliau berkata polis mendapati kejadian itu berlaku pada 14 Julai lalu di sebuah rumah panjang di Selangau.

image is not available

“Laporan polis berkaitan kes itu dibuat di balai polis Selangau pada 14 Julai jam 11 malam.

“Susulan laporan polis itu, ibu pejabat polis Mukah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” kata Muhamad Rizal dalam satu kenyataan hari ini.

image is not available

Beliau mendedahkan mangsa mengalami kecederaan di muka dan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Selangau sebelum dibawa ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya menghentikan penyebaran video dan membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan secara menyeluruh,” tambahnya.

Baca lagi artikel menarik: