Polis tahan lelaki langgar kereta warga emas tiga kali

24 Jun 2025 • 10:01 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat kes khianat terhadap sebuah kereta yang dipandu seorang warga emas di Susur 6, Jalan Tun Razak, di sini dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada pertengkaran antara suspek berusia 50 tahun yang memandu Toyota Hilux dengan seorang lelaki memandu Perodua Axia berumur 63 tahun.

Suspek, seorang lelaki tempatan turut dilihat memandu dalam keadaan gopoh dan melulu ketika kejadian.

Beliau berkata kejadian pada jam 3.10 petang itu berlaku apabila warga emas yang memandu Perodua Axia memperlahankan kenderaan selepas terlepas simpang sebelum suspek yang dari arah belakang memotong secara agresif.

“Dipercayai telah berlaku pertengkaran mulut antara kedua-dua pihak sebelum suspek bertindak melanggar kereta mangsa sebanyak tiga kali hingga menyebabkan kerosakan bernilai RM15,300," katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Beliau berkata hasil semakan turut mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - 24 Jun, 2025

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved