Polis tahan lelaki rakam video wanita di pasar Temerloh

LocalPolitics
19 Nov 2025 • 10:05 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

TEMERLOH: Polis mengesahkan penahanan seorang lelaki yang disyaki merakam video tidak senonoh terhadap seorang wanita di Pasar Sehari Temerloh pada 9 November lalu.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Nasyim Bahron berkata suspek berusia 41 tahun itu ditahan pada hari sama kejadian kira-kira jam 10 pagi.

“Penahanan dilakukan di lokasi pasar berkenaan selepas mangsa yang merupakan seorang suri rumah berusia 33 tahun menyedari tindakan suspek,” katanya.

Mangsa kemudian dibantu orang awam untuk menahan suspek tersebut.

Suspek direman 24 jam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan diteruskan.

Polis merampas telefon bimbit suspek untuk analisis kandungan.

Hasil siasatan mendapati dua video dirakam suspek di tempat kejadian.

Kes ini menjadi tular di media sosial baru-baru ini memaparkan seorang lelaki ditahan orang awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved