Polis tahan lelaki sembur arak di kepala ibu, ugut keluarga di Felda Palong

6 Feb 2024 • 9:22 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JEMPOL: Polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun dipercayai dalam keadaan mabuk yang bertindak mengamuk, menyembur arak di kepala ibu selain mengugut mahu mencederakan ahli keluarganya menggunakan pisau dan parang dalam kejadian di sebuah rumah di Felda Palong, Gemas, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook (gambar) berkata adik lelaki suspek menerima panggilan telefon daripada ibunya memberitahu abangnya telah mengamuk dan menyemburkan air arak di kepala mangsa pada jam 8.30 malam.

“Akibat takut dengan tindakan suspek, ibu,58, serta isteri, 32, dan anak lelaki suspek berumur 12 tahun telah mengunci dalam bilik. Suspek juga mengugut mencederakan sesiapa saja yang keluar dari bilik itu menggunakan pisau dan parang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sejurus mendapat laporan itu, anggota Balai Polis Rompin bergegas ke tempat kejadian dan menahan lelaki itu yang turut didapati positif methamphetamine.

Hoo berkata siasatan lanjut mendapati lelaki itu berkerja sebagai pemandu lori mempunyai satu rekod jenayah dan dadah. Suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. -Bernama