Polis tahan lelaki warga asing gaduh, korek mata

LocalPolitics
17 Nov 2024 • 12:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis menahan seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan berhubung satu pergaduhan di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor pada Sabtu.

TASEK GELUGOR - Polis menahan seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan berhubung satu pergaduhan yang menyaksikan seorang lelaki tempatan mengalami kecederaan parah apabila bebola mata kirinya dikorek keluar, dalam kejadian di Jalan Ara Kuda di sini semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan susulan pergaduhan pada kira-kira 2 petang.

"Berdasarkan siasatan awal lelaki berumur 52 tahun itu dikatakan menganggu suspek, sebelum lelaki warga asing berkenaan bertindak memukul dan mencederakan kedua-dua belah matanya,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Beliau berkata lelaki itu dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan lanjut dan keadaannya kritikal, manakala suspek yang ditahan di lokasi kejadian, kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved