Polis tahan lelaki warga Thailand, rampas pil yaba bernilai RM132,000

25 Oct 2023 • 7:07 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Polis menahan seorang lelaki warganegara Thailand dan merampas 12,000 pil yaba anggaran berat 1,200 gram yang bernilai RM132,000 di sebuah wakaf di tepi Pengkalan Kuala Tat, Kuala Jambu, Tumpat semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Ibrahim Husin berkata tangkapan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tumpat pada 7.30 malam, setelah mendapati lelaki itu berada dalam keadaan mencurigakan di tepi wakaf berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, polis menjumpai 48 peket plastik warna biru dan 12 peket plastik warna merah jambu mengandungi pil yaba,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ibrahim berkata ujian terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan suspek direman selama tujuh hari hingga 31 Okt ini untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved