Polis Tahan Pasangan Suami Isteri Di Kedah, Disyaki Terlibat Kes Pelayan Kedai Maut Letupan Bom

4 Jan 2023 • 1:36 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kejadian letupan bom sehingga mengorbankan seorang pelayan kedai di Pandan Indah, Ampang pada 29 Disember 2022 ternyata mengejutkan rakyat Malaysia. Ini kerana kita tidak menyangka kejadian yang sering berlaku di negara luar boleh berlaku di dalam negara kita.

Kini, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya memaklumkan berjaya menahan 2 orang suspek yang juga merupakan pasangan suami isteri di sebuah rumah di Kedah pada Selasa malam.

Mereka yang ditahan akan di bawa ke Mahkamah Majistret Ampang bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved