Polis tahan pemandu lori, rampas lebih 3.3kg ganja

LocalPolitics
28 Sep 2024 • 4:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Polis menangkap seorang suspek pengedar dadah yang aktif sejak setahun lalu, dan merampas sejumlah 3,332.7 gram dadah jenis ganja mampat dianggarkan bernilai RM10,380 di sini, pada Isnin lepas.

Difahamkan, kes ini merupakan rampasan pertama membabitkan ganja di Tawau untuk tahun ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek berumur 39 tahun itu, yang bekerja sebagai pemandu lori, ditangkap pada jam 10.15 pagi bersama 9.98 gram ganja selepas dilihat mencurigakan di kawasan lorong perindustrian Megah 2.

Manakala, sejumlah 3,322.72 gram ganja lagi ditemui di kabinet dapur rumahnya susulan serbuan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) ke atas sebuah rumah di Bandar Sri Indah (BSI) Batu 10, Jalan Apas.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Menurutnya, serbuan rumah pada jam 1.40 petang itu dilakukan selepas suspek mendedahkan lebihan dadah disembunyikan di rumahnya. Dadah itu disimpan di dalam satu bekas plastik berpenutup biru, mengandungi pelbagai bentuk ganja.

Jasmin berkata, siasatan awal mendapati suspek memperoleh bekalan ganja tersebut dari Kota Kinabalu dan menjualnya di Tawau.

“Modus operandi suspek adalah menghantar dadah secara COD (tunai semasa penghantaran) mengikut pesanan yang diterimanya melalui panggilan telefon dan sebagainya.

“Dadah mampat itu akan dipecahkan dalam bentuk seakan-akan biskut yang disimpan di dalam paket dan balang, sebelum sedia untuk dijual mengikut pesanan,” katanya dalam sidang media di IPD Tawau, pada Jumaat.

Jasmin berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah, manakala ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis THC (ganja).

Tambahnya, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 1 Oktober depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kita juga sedang giat mengesan rangkaian pengedaran dadah ini untuk siasatan selanjutnya,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.