Polis Tahan Pengasas Syarikat Anjur Program Motivasi Rumah Tangga Didakwa Tidak Bermoral

LocalPolitics
15 Jul 2025 • 5:24 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Polis Tahan Pengasas Syarikat Anjur Program Motivasi Rumah Tangga Didakwa Tidak Bermoral

SHAH ALAM, 15 Julai (Bernama) — Polis mengesahkan pasangan suami isteri yang merupakan pengasas sebuah syarikat yang didakwa terlibat menganjurkan program motivasi rumah tangga dengan pengisian tidak bermoral di sebuah pusat konvensyen di sini, pada tahun lepas, di tahan hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan penahanan itu.

“Pengasas E-hati Diyana dan suami telah ditahan. Maklumat lanjut menyusul selepas beberapa tindakan diambil,” katanya ringkas menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Peguam Datuk M Reza Hassan mewakili pasangan itu turut mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan anak guamnya ditahan polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam, selepas memberikan kenyataan di IPD Petaling Jaya.

Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata polis akan memanggil semua peserta yang hadir dalam penganjuran sebuah program motivasi rumah tangga yang didakwa tidak bermoral, untuk merakam percakapan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata tindakan berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 122 Kanun Acara Jenayah dan siasatan dibuat selepas pihaknya membuka kertas inkuiri.

Sumber: BERNAMA