Polis Tahan Peniaga Dipercayai Terlibat 10 Kes Amang Seksual Kanak-kanak

13 Jul 2026 • 6:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Polis Tahan Peniaga Dipercayai Terlibat 10 Kes Amang Seksual Kanak-kanak

Polis Tahan Peniaga Dipercayai Terlibat 10 Kes Amang Seksual Kanak-kanak

MELAKA, 13 Julai (Bernama) -- Polis menahan seorang peniaga tempatan selepas dipercayai terlibat dalam 10 kes amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki dari Mac hingga semalam.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan orang awam di Balai Raya Taman Desa Duyong di sini kira-kira 6 petang semalam sebelum diserahkan kepada polis.

Beliau berkata 10 mangsa terlibat berusia lapan hingga 13 tahun dengan kejadian didakwa berlaku di taman permainan, surau, pasar raya, kedai makan dan rumah suspek.

“Suspek didakwa mendekati mangsa di taman permainan atau selepas menunaikan solat di surau dan bertindak memeluk, mencium pipi atau dahi serta memegang bahagian sulit mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved