Polis Tahan Seorang Penjawat Awam Disyaki Curi Barangan Milik Mangsa Tanah Runtuh Batang Kali

7 Jan 2023 • 5:12 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang penjawat awam yang dipercayai mencuri barangan milik mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali pada 16 Disember lepas.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi berkata suspek berumur 27 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang, semalam, dan polis akan membuat permohonan reman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Dalam persidangan media di sini hari ini beliau berkata susulan penahanan itu, polis turut merampas barangan yang dipercayai milik mangsa kejadian tanah runtuh berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah memaklumkan pihaknya mengesan satu hantaran di Facebook dipercayai daripada salah seorang ahli keluarga mangsa, yang mendakwa terdapat individu tidak bertanggungjawab menggunakan kad Touch ‘n Go milik mangsa.

Tragedi tanah runtuh pada 2.46 pagi itu mengorbankan 31 nyawa dengan 12 daripadanya adalah kanak-kanak, dan seorang bayi lelaki berusia setahun. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved