Polis tahan seorang suspek kes tembak di Salor

23 Oct 2022 • 3:39 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan seorang lelak berusia 35 tahun bagi membantu siasatan kejadian kes tembak sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang lelaki di Kampung Aur Tebing, Salor, di sini semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis menerima laporan kejadian sekitar pukul 11.30 tengah malam tadi daripada pihak Hospital Pasir Mas (HPM) yang memaklumkan seorang lelaki cedera akibat ditembak.

“Berdasarkan laporan, lelaki itu sempat menelefon rakannya bagi memaklumkan bahawa dia ditembak dan berada di Kedai Nasi Lemak 43, Salor, di sini, dan memerlukan bantuan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki yang mengalami kecederaan di bahagian paru-paru kanan itu kemudiannya dihantar ke HPM dengan ambulans, sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di sini untuk rawatan lanjut. - Bernama