Polis tahan suspek disyaki sebabkan kematian seorang lelaki dalam pergaduhan di Taiping

13 Sep 2023 • 10:00 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Polis menahan seorang lelaki berusia 40-an yang disyaki terlibat dalam pergaduhan di hadapan sebuah kedai serbaneka, Pokok Assam, Taiping yang menyebabkan seorang lelaki berusia 50-an maut, semalam.

Ketua Polis Taiping ACP Razlam Ab Hamid berkata polis menerima panggilan kira-kira 4.15 petang semalam dan berjaya menahan suspek yang bekerja sebagai buruh binaan di tempat kejadian.

“Mangsa yang juga peniaga meninggal dunia di tempat kejadian dan hasil tangkapan, polis juga merampas sebuah topi keledar dan tiga batang kayu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata ujian saringan awal ke atas suspek didapati positif dadah jenis morphin, dan suspek telah direman selama seminggu untuk membantu siasatan, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh

Katanya bedah siasat ke atas mangsa telah dibuat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini dan mendapati punca kematian adalah disebabkan penyakit jantung dengan kecederaan tisu lembut pada badan. -Bernama