
TAWAU: Polis menangkap seorang suspek berkaitan kes bunuh seorang lelaki di Kampung Ranggu Cina, Batu 8 Jalan Apas, di sini, Ahad.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 31 tahun itu, yang bekerja sebagai buruh kasar di kebun di kampung berkenaan, ditahan sekitar jam 12 tengah hari.
Beliau berkata, sepasukan polis menemukan mangsa berumur 33 tahun dengan kesan tetakan di kepala dan badan, dipercayai menggunakan parang di sebuah rumah.
Katanya, pasukan berada di tempat kejadian selepas menerima laporan dibuat seorang abang mangsa yang datang ke Balai Polis Inanam, Kota Kinabalu pada jam 11.30 pagi Ahad, yang mengatakan adik lelakinya mati dibunuh di kampung tersebut.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Jasmin berkata, bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Balai Polis Sri Indah, IPD Tawau menuju ke lokasi kejadian.
“Mereka berjaya memberkas suspek dan turut menemui sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa.
“Siasatan awal mendapati, motif kejadian dipercayai salah faham antara mangsa dan keluarga suspek. Kedua-duanya saling mengenali,” katanya dalam kenyataan media, lewat malam Ahad.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
