Polis Tahan Wanita Disyaki Depresi, Dera Anak Gara-Gara Tertekan Suami Sering Curang

9 Sep 2022 • 12:59 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Polis Tahan Wanita Disyaki Depresi, Dera Anak Gara-Gara Tertekan Suami Sering Curang

Seorang wanita berjaya ditangkap pihak polis kerana didapati telah mendera bayinya sendiri berikutan tertekan dengan sikap suaminya di Lampung Utara, lapor Detik.

Video tindakan wanita itu menjadi tular dan berdasarkan kenyataan polis, suri rumah itu mengalami tekanan dengan suaminya dan itulah punca dia melakukan perbuatan mendera anaknya itu.

“Dakwanya dia tertekan, kecewa dengan suaminya,” kata Ketua Polis Daerah Bukit Kemuning, Kompol Muhidin kepada detikSumut pada Rabu lalu.

image is not available
Kredit Detik.Com

Muhidin berkata, pendedahan kes ini adalah hasil laporan daripada orang ramai yang marah dengan tindakan wanita itu.

“Ini merupakan hasil laporan daripada masyarakat, kemudian kami telah melakukan tindak balas segera terhadap laporan itu dan bergerak pantas untuk menenangkan wanita itu di rumahnya,” katanya.

Mangsa yang masih kecil hanya menangis ketika didera oleh ibunya. Berdasarkan video itu pelaku tergamak melakukan tindakan itu gara-gara sikap suaminya yang sering curang.

“Ini semua kerana bapa kamu (suami) yang biadap, selalu curang sehinggakan anak mati pun dia tidak akan ambil kisah. Lihat ya, jangan buat saya naik gila,” kata pelaku dalam video tersebut sambil memijak dada anaknya.

Katanya, selepas melakukan tangkapan dan pemeriksaan awal, pelaku kemudiannya diserahkan kepada Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA) di Lampung Utara.

“Buat masa ini pelaku telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis, ke Unit PPA,” jelas Muhidin.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Lampung Utara, AKBP Kurniawan Ismail ketika dihubungi berkata, pelaku masih menjalani siasatan bagi mengetahui motif perbuatannya itu.

“Ya betul, pelakunya telah ditahan oleh Polis Bukit Kemuning. Buat masa ini, ia masih dalam siasatan, kita akan maklumkan apa motif pelaku melakukan tindakan itu kepada anaknya,” jelasnya.

Sumber: Detik.Com