Polis tahan wanita pandu lawan arus di lebuh raya

20 Oct 2022 • 10:32 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KULAI: Seorang wanita tempatan yang dipercayai memandu secara melawan arus di Kilometer (KM) 31.2, Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke daerah ini semalam, ditahan di sebuah pangsapuri sekitar Kangkar Pulai, Johor Bahru semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata wanita berusia 35 tahun itu yang ditahan pada 1 tengah hari tadi kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai untuk tindakan selanjutnya.

“Turut dirampas sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih untuk siasatan lanjut,“ kata beliau dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.

Semalam, polis mengesan video berdurasi 11 saat yang tular memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi Putih dipandu melawan arus dengan memasang lampu kecemasan di lokasi berkenaan, menerusi laman Facebook kira-kira 9.55 pagi. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved