Polis tahan wanita, rampas bunga ganja RM33,000 di Alor Setar

30 Dec 2025 • 5:37 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Seorang wanita ditahan polis di Alor Setar dengan rampasan bunga ganja seberat 1,047 gram bernilai RM33,000 dalam operasi pengedaran dadah.

ALOR SETAR: Polis menahan seorang wanita dan merampas dadah jenis bunga ganja seberat 1,047 gram bernilai RM33,000 dalam satu operasi di Jalan Kuala Kedah dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Syed Basri Syed Ali berkata operasi itu dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada 11.15 malam Sabtu lepas.

“Hasil pemeriksaan, polis menemukan satu peket plastik lut sinar berisi dadah jenis bunga ganja itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut dirampas dalam operasi itu ialah sebuah motosikal yang ditunggang wanita berusia 27 tahun itu semasa tangkapan dibuat.

Syed Basri berkata wanita itu didapati negatif terhadap dadah, namun mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

Wanita berkenaan kini direman sehingga 3 Januari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved