
TAWAU: Empat lelaki suspek pengedar dadah diberkas polis bersama sejumlah 3,058.05 gram Syabu bernilai RM180,000 dalam dua serbuan berasingan di daerah ini minggu lepas.
Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin, berkata dua daripada suspek berusia di antara 28 hingga 41 tahun itu merupakan warga tempatan, manakala dua lagi rakyat asing.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurutnya, dua suspek pertama diberkas dalam serbuan sebuah rumah di Jalan Kuhara sekitar jam 5 petang pada 19 Januari lalu yang membawa kepada rampasan 2039.64 gram dadah bernilai RM120,000.
Manakala hasil soal siasat terhadap suspek tersebut, dua lagi rakan sejenayah mereka yang dipercayai sedang menghala ke Tawau dari Lahad Datu berjaya ditangkap jam 12.10 pagi pada 20 Januari di KM 60 Jalan Semporna - Tawau selepas menahan dan memeriksa sebuah kereta Perodua Bezza.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more "Sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Tawau yang membuat serbuan itu, menemukan sejumlah 1018.41 gram dadah bernilai RM60, 000 di dalam kenderaan tersebut," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pada Selasa.


