Polis Tawau tahan 6 suspek, rampas 2kg syabu

4 May 2024 • 2:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Enam disyaki pengedar dadah, termasuk seorang rakyat tempatan, ditahan bersama sejumlah 2,016.92 gram dadah dipercayai syabu bernilai RM120,282 dalam serbuan di sebuah rumah di Kg Inderasabah kira-kira 1.30 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata kesemua suspek yang bekerja sebagai nelayan itu berusia antara 20 hingga 40 tahun, termasuk lima warga Indonesia.

Menurutnya, dadah itu disembunyikan di dalam sebuah beg berwarna biru yang mengandungi satu plastik berisi dua bungkusan plastik lut sinar, yang diisi dalam dua bungkusan warna kecemasan bertulis ‘freeso-dried durien’.

“Serbuan itu dilakukan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tawau hasil risikan dan maklumat awam.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Ketika serbuan, kesemua suspek berada dalam keadaan mencurigakan dan cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap,” katanya dalam sidang media di IPD Tawau, pada Khamis.

Katanya, siasatan awal mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod lampau, namun empat daripadanya didapati positif syabu dan amfetamin.

Tambahnya, semua suspek kini ditahan reman tujuh hari sehingga 9 Mei untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis juga sedang berusaha mengesan rangkaian pengedaran dadah yang mungkin terlibat dalam kes ini,” katanya, menambah dadah itu disyaki untuk pasaran tempatan.

Mengulas lanjut, Jasmin berkata, setakat ini, polis Tawau berjaya merampas lebih sembilan kilogram (kg) dadah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.