
TAWAU: Seorang suspek kes pecah rumah ditahan polis di sebuah rumah tepi jalan di Kilometer 50 Check Point sekitar jam 5 petang, Jumaat.
Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, warga tempatan berusia 38 tahun itu ditangkap sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) dari Balai Polis Sri Indah (BSI).
Menurutnya, pasukan tersebut yang diketuai Timbalan Ketua Polis Balai, SI Parlis Jaramman, ternampak suspek di hadapan rumah tersebut.
"Menyedari kehadiran polis, suspek cuba melarikan diri ke kawasan semak berhampiran, namun, berjaya diberkas.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more "Suspek kemudiannya dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di sekitar daerah ini," katanya.
Jasmin berkata, polis turut menjalankan siasatan bagi mengenal pasti jika terdapat kes-kes lain yang melibatkan suspek itu.
Polis juga merampas sejumlah barangan disyaki hasil pecah rumah untuk siasatan lanjut, di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, beliau berkata, polis Tawau kini sedang mempergiatkan usaha membanteras kegiatan jenayah dan dadah dari semasa ke semasa dengan operasi yang lebih agresif.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


