Polis tembak mati penjenayah di Dengkil

LocalPolitics
25 Nov 2025 • 8:40 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 25, NOV: Polis menembak mati seorang penjenayah dalam kejadian di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting - Dengkil, Dengkil, Selangor malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M Kumar berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Jenayah Berat (D9) JSJ Bukit Aman terserempak sebuah Perodua Mayvi dinaiki seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan Dengkil pada 8.10 malam tadi.

Katanya, pasukan tersebut sedang melakukan operasi mengesan dan mencegah kejadian jenayah samun di sekitar kawasan Banting, Dengkil dan Sepang, Selangor.

"Ketika pasukan serbuan cuba menahan kenderaan, suspek bertindak melepaskan tembakan dari dalam kenderaan ke arah pasukan polis. Polis kemudian membalas tembakan sehingga tiada ancaman keselamatan.

"Suspek disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan. Hasil siasatan awal mendapati suspek disyaki seorang lelaki warga tempatan, namun tiada sebarang pengenalan diri dijumpai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan dalam kenderaan suspek menemui sepucuk senjata api jenis Colt 45, tujuh paket plastik lut sinar disyaki mengandungi dadah dan tiga butir peluru.

Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak polis berhubung kes berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved