Polis terima laporan kehilangan Siti Nur Balqiesh

19 Jul 2024 • 8:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan kehilangan Siti Nur Balqiesh Rashid dibuat bapanya pada Khamis.

KOTA TINGGI - Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan Siti Nur Balqiesh Rashid, 17, yang tular di aplikasi X, pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora, pihaknya menerima laporan berkenaan daripada bapa gadis berkenaan pada jam 12.49 pagi.

"Ya, kita ada terima (laporan kehilangan) semalam. Polis siasat di bawah kes orang hilang, bagaimanapun setakat ini masih belum ada apa-apa perkembangan," katanya kepada Sinar Harian.

Kehilangan Siti Nur Balqiesh, yang tular di aplikasi X serta laman Facebook turut mendapat pelbagai respon daripada warganet.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai info mengenai lokasi Siti Nur Balqiesh boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Vincenth Kenn Anak Joseph di talian 018-3773961 atau Hotline IPD Kota Tinggi (07- 8837222) atau Hotline IPK Johor (07-2212999) atau mana-mana balai polis yang berhampiran.