Polis terima lima laporan dakwaan kes liwat

20 Mar 2024 • 9:32 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MERSING: Polis mengesahkan menerima lima laporan berkaitan kes liwat terhadap enam lelaki termasuk tiga pelajar sekolah, di sini setakat ini.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata susulan itu, pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an semalam bagi membantu siasatan, yang akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh remannya berakhir esok.

Beliau berkata kesemua mangsa berusia lingkungan 15 hingga 21 tahun, dan membabitkan suspek yang sama.

“Kita telah merujuk empat kertas siasatan kes liwat yang disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya selari dengan peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan. -Bernama