Polis: Tertuduh kes cabul kanak-kanak di masjid didakwa esok

LocalPolitics
26 Feb 2025 • 8:08 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 26 FEB: Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor pada 21 Feb lepas akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, Khamis ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kertas siasatan sudah dilengkapkan dan telah dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya Selangor hari ini.

“Kertas siasatan telah mendapat arahan tuduh di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh disebat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Hussein dilaporkan berkata polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 19 tahun yang disyaki terlibat dalam kes cubaan rogol yang tular baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor Azmir Kassim juga dilaporkan mengesahkan suspek memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran sejak kecil.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved