Polis Thailand Kongsi Maklumat Kehilangan Ejen Kosmetik Wanita Dengan Rakan Setugas Malaysia

21 Sep 2022 • 7:41 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Polis Thailand telah berkongsi semua maklumat mengenai penculikan wanita Malaysia dengan rakan setugas di Malaysia. - Gambar fail

BANGKOK - Polis Thailand berkata mereka telah berkongsi semua maklumat mengenai penculikan wanita Malaysia dari rumahnya di Tumpat, Kelantan pada 13 September, dengan rakan setugas mereka di Malaysia.

Namun, ketua polis Narathiwat, Pol Maj Jen Waesamae Salae, enggan mengulas mengenai maklumat yang dikongsinya dengan polis Malaysia.

“Kami bekerjasama dengan polis Malaysia… Mereka mempunyai semua maklumat,” katanya kepada Bernama.

Pada 13 September, ejen kosmetik itu diculik dari rumahnya di Kampung Semat Jai, Tumpat pada kira-kira 5.10 petang.

Empat suspek dalam sebuah kereta dipercayai menculik wanita bekenaan dan membawanya ke negara jiran melalui jeti haram di Tumpat.

Susulan kejadian itu, polis menahan tiga individu, termasuk suami wanita berkenaan, bagi membantu siasatan kes.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Zaki Harun berkata berdasarkan siasatan, suami mangsa, ahli sindiket pengedaran dadah, dipercayai berselisih faham dengan anggota lain sindiket itu dan ia mungkin jadi punca kejadian itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved