
TAWAU: Polis Tawau tiada menerima sebarang laporan berkaitan satu kumpulan pergi dari rumah ke rumah berpura-pura menjadi Pegawai Dalam Negeri seperti mesej tular di media sosial, setakat ini.
Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin juga mengesahkan tiada laporan kejadian rompakan oleh mana-mana individu menyamar seperti didakwa dalam pesanan tersebut.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan semua masyarakat agar sentiasa mengambil sikap berhati-hati dan berwaspada dalam setiap keadaan.
“Untuk makluman, pada masa ini daerah Tawau berada dalam keadaan baik dan terkawal,” katanya pada Jumaat.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Jasmin turut mengingatkan masyarakat supaya sentiasa bekerjasama baik dengan balai polis berhampiran dan menyimpan nombor telefon talian Hotline IPD Tawau di 089-772121 atau balai polis terdekat.
Sekiranya berlaku sebarang kejadian, katanya, mereka boleh berhubung dengan pihaknya atau tampil membuat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran.
Dalam pada itu, beliau berkata Polis Tawau mengambil maklum berkaitan mesej tular tersebut.
Katanya, mereka didakwa mempunyai dokumen dan kepala surat jabatan KDN dan mendakwa mereka perlu mengesahkan bahawa semua orang mempunyai kad pengenalan yang sah untuk banci yang akan datang.
Mesej berkenaan turut memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak memberikan sebarang maklumat kepada kumpulan tersebut kerana pergerakan mereka yang berpenampilan rapi itu adalah palsu dan mahu merompak rumah.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


