Polis trafik terharu, penghantar makanan sedekah air sejuk ketika bertugas 

11 Feb 2025 • 2:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Penghantar makanan sedekah air

Anggota polis trafik meluahkan rasa syukur apabila seorang penghantar makanan telah memberikan air minuman secara percuma ketika bertugas.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh anggota trafik itu yang dikenali sebagai Wan Faizal di laman TikToknya, dapat dilihat penghantar makanan berkenaan mengedarkan beberapa bungkus air kepada anggota yang berada di lokasi tersebut.

Penghantar makanan sedekah air

@wanpieja85

Semasa Abam dan rakan Abam bertugas, telah didatangi 1 rider grab food menyapa kami sedang bertugas dan telah berikan kami air memandangkan keadaan cuaca yang panas terik..Alhamdulillah masih ade insan yang berhati mulia macam rider grab ni..Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan..Amin..#SelamatBersamaJSPT

♬ Sedih menyentuh hati - Yuda Pratama

Dalam perkongsian itu, Faizal bersama anggota lain yang ketika itu bertanggungjawab dalam menjaga lalu lintas di sekitar kawasan Selayang terharu dengan sikap keprihatinan pemuda tersebut.

“Semasa Abam dan rakan Abam bertugas, telah didatangi seorang rider Grab food menyapa kami.

“Dia berikan kami air memandangkan keadaan cuaca yang panas terik. Alhamdulillah masih ada insan yang berhati mulia macam rider Grab ni.

“Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan..Amin,” ujar Faizal.

Penghantar makanan sedekah air

image is not available

image is not available

image is not available

Netizen puji tindakan penghantar makanan terbabit

Menjengah ke ruangan komen, tindakan pemuda tersebut turut mendapat pujian daripada pengguna media sosial yang melihat usaha kecil ini sebagai contoh kebaikan yang wajar dicontohi oleh belia lain.

image is not available image is not available image is not availableimage is not available image is not available

Semoga dipermudahkan urusan

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar urusan penghantar makanan terbabit dalam mencari rezeki dipermudahkan dan dilindungi Tuhan selalu.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @WanFaizal85