
Tuaran: Barang kes yang melibatkan lima kertas siasatan bagi tahun 2024 dan 2025 telah dilupuskan oleh pihak polis di sini pada Selasa.
Program itu dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Tuaran Supt Noraidin Ag Maidin.
“Pelupusan ini dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan bagi memastikan pengurusan barang kes dijalankan secara telus, teratur serta mematuhi peruntukan undang-undang,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Antara barangan yang dilupuskan termasuk pelbagai barang kes seperti telefon bimbit, kad bank daripada beberapa bank, kad SIM serta barang kemas tiruan.
Kesemua barangan itu dilupuskan selepas mendapat perintah pelupusan daripada Mahkamah Tuaran dan Timbalan Pendakwa Raya.
Noraidin berkata proses pelupusan itu berjalan lancar dari pukul 10 pagi hingga 11 pagi.


