Polis tumpas sindiket curi, sembelih 2,700 kucing

6 Oct 2026 • 11:24 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Polis tumpas sindiket curi, sembelih 2,700 kucing

HANOI  – Polis Vietnam menangkap 12 lelaki kerana mencuri dan menjual kira-kira 2,700 ekor kucing, kata Polis Bandar Raya Ho Chi Minh seperti laporan stesen berita BBC.

Perangkap kucing, mesin pembuang bulu dan alat penimbang adalah antara barangan yang dirampas semasa siasatan.

Kesemua suspek  mengambil haiwan peliharaan itu untuk disembelih dan dagingnya dijual bagi dijadikan makanan.

Polis Bandar Raya Ho Chi Minh berkata, suspek merayau di kawasan perumahan dalam kumpulan kecil dengan menaiki motosikal pada waktu malam untuk mencuri kucing.

Menurut media tempatan, lelaki-lelaki terbabit menggunakan potongan ikan sebagai umpan dengan meletakkan perangkap di luar rumah yang mereka tahu ada membela kucing.

Sebanyak 13 ekor kucing yang berjaya diselamatkan dipulangkan kepada pemilik masing-masing, kata polis lagi.

Menurut organisasi perlindungan haiwan Humane World for Animals, dianggarkan lima juta  anjing dan sejuta kucing ditangkap, dicuri, didagangkan  dan disembelih untuk mendapatkan dagingnya di Vietnam pada setiap tahun.

Penggunaan daging anjing dan kucing sah di negara tersebut, di mana banyak restoran mengiklankannya secara terbuka dalam menu mereka. 

Bagaimanapun, penjual memerlukan permit untuk menunjukkan asal usul haiwan  berkenaan.

Menurut polis, setiap kumpulan mencuri secara purata empat hingga 10 ekor kucing pada satu malam.

12 suspek itu mengaku mencuri sekitar 2,700 ekor kucing. – AGENSI

 

The post Polis tumpas sindiket curi, sembelih 2,700 kucing appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved