Polis UK Disiasat Kerana Menjana Bukti Palsu Menggunakan AI

WorldTechnology
15 Jun 2026 • 12:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Polis UK Disiasat Kerana Menjana Bukti Palsu Menggunakan AI

Masalah deepfake menyebabkan kita tidak lagi boleh terus percaya dengan gambar dan video yang dimuatnaik ke media sosial. Tetapi lebih merisaukan di UK, polis memulakan siasatan apabila anggota didapati menjana bukti palsu dalam beberapa siasatan jenayah.

ChatGPT Robot

Anggota polis yang tidak dinamakan bertugas dengan pasukan polis Derbyshire. Keperincian pemalsuan bukti belum lagi dikongsi kerana siasatan masih lagi di peringkat awal. Pegawai yang melakukan kesalahan telah ditarik daripada tugas barisan hadapan, sementara menunggu hasil siasatan.

Siasatan dilakukan beberapa minggu selepas ketua pusat AI Polis UK mendedahkan bahawa ia telah memberitahu beberapa pasukan polis supaya berhenti menggunakan sistem AI bagi menyediakan kes mahkamah dan tugasan lain kerana ia belum benar-benar boleh dipercayai.

Sumber – The Guardian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved