
Polis “Undercover” Jadi Spiderman & Doraemon Demi Tangkap Pencuri Motor
Seperti yang diketahui, pihak polis akan melakukan apa cara sekalipun untuk menyelesaikan sesuatu kes termasuk menyamar (undercover).
Mereka kebiasaannya akan menyamar sebagai orang awam atau apa-apa saja yang boleh mengaburi mata ramai.
Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular mengenai Unit Kenderaan Bermotor Polis Palembang di Indonesia yang telah melakukan usaha luar biasa untuk menangkap pencuri motosikal.
Menurut Kompas TV, pencuri itu menjadi buruan kerana sering melarikan diri daripada pihak berkuasa.
Apa yang mencuri tumpuan adalah dua orang pegawai polis telah menyamar sebagai watak filem Spiderman dan animasi Doraemon.
Penyamaran itu membuahkan hasil apabila pencuri motosikal yang berusia 26 tahun telah ditangkap di tempat persembunyiannya di daerah kecil 5 Ulu, Palembang pada 11 Januari lalu.
Suspek disyaki telah mencuri sekurang-kurangnya 255 buah motosikal di 55 lokasi berbeza di kawasan Palembang dan sekitarnya.
Sementara itu, Ketua Subunit Operasi Kenderaan Bermotor Polis Palembang, Ipda M.Gadik Pratama berkata langkah penyamaran merupakan pilihan terakhir selepas pelbagai percubaan tangkapan sebelum ini sentiasa gagal.
BACA: ”Kalau Terbongkar, Akan Diseksa Dan Dibunuh”, Kisah Hebat Polis ”Undercover” 6 Tahun Dampingi Musuh
BACA JUGA: Polis Peru Menyamar Jadi Avengers, Guna Tukul Thor ‘Tumbangkan’ Tokan Dadah Ketika Sambutan Halloween
Suspek dikatakan sangat berwaspada denga kehadiran pegawai polis.
Menurut Gadik, penggunaan kostum watak Doraemon dan Spiderman tidak menimbulkan syak wasangka dalam kalangan orang ramai dan suspek. Pegawainya juga boleh bergerak dengan lebih bebas tanpa dipantau oleh suspek ketika menjalankan pengawasan.
Apabila keadaan dianggap selamat, pegawai segera membuat tangkapan tanpa berlaku pergelutan yang ketara.
Suspek dipercayai telah mencuri motosikal milik penduduk dan kemudian menjualnya dengan harga yang lebih murah.
Polis kini masih menyiasat kemungkinan penglibatan pihak lain, termasuk rangkaian penerima yang telah menyimpan motosikal yang dicuri. Malah, beberapa bukti juga telah diperolehi untuk tujuan siasatan lanjut.
Suspek akan didakwa dengan pelbagai artikel berkaitan kecurian kenderaan bermotor dan berdepan hukuman penjara maksimum selama enam tahun.
@officialokezone Dua anggota Unit Ranmor Satreskrim Polrestabes Palembang sukses menjalankan operasi penangkapan pelaku curanmor dengan cara tak biasa. Aksi penyamaran ini berujung pada penangkapan Jodi Iskandar (26) tanpa perlawanan. Dari tangan pelaku, polisi menyita pisau, sepeda motor berpelat palsu, serta pakaian yang digunakan saat beraksi. Berdasarkan catatan kepolisian, Jodi yang dijuluki “raja curanmor” terlibat kasus pencurian kendaraan bermotor di 55 TKP berbeda dan tercatat sudah lima kali keluar-masuk penjara. #viral #curanmor #polisi #okezone
Sumber: Kompas TV
The post Polis “Undercover” Jadi Spiderman & Doraemon Demi Tangkap Pencuri Motor appeared first on Siakap Keli.
