Polis wanita direman disyaki rasuah RM1,000

LocalPolitics
26 Mar 2025 • 2:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suspek diiring pegawai SPRM ketika hadir ke mahkamah.

SEREMBAN – Seorang anggota polis wanita direman selama lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM1,000 sebagai balasan mengurangkan hukuman denda berkaitan kes yang disiasatnya.

Perintah reman terhadap suspek berusia 30-an itu dikeluarkan oleh Majistret Fairuz Syuhada Amran selepas permohonan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Majistret Sivil, di sini, pada Rabu.

Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira jam 12 tengah hari pada Selasa ketika berada di pejabatnya.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada 20 Mac lalu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail, mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved