‘Politeknik Kota Belud, dua kali pecah tanah, bayang pun belum nampak lagi’

LocalPolitics
14 Oct 2026 • 1:07 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘Politeknik Kota Belud, dua kali pecah tanah, bayang pun belum nampak lagi’

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memastikan setiap peruntukan pembangunan yang diumumkan benar-benar diterjemahkan kepada pelaksanaan projek di lapangan, bukan sekadar kelulusan di atas kertas.

Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) berkata, kelemahan sistem penyampaian menyebabkan projek yang diumumkan dan diluluskan masih belum menunjukkan hasil ketara, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan perbelanjaan pembangunan di Sabah. 

“Peruntukan ada, diumumkan setiap tahun, tetapi orang di bawah tidak mendapat manfaatnya. Ada yang tidak kena dengan sistem penyampaian kita. 

“Jangan hanya umum, lulus semua projek besar. Klinik kesihatan, projek menaik taraf, hari ini baru mahu buat pagar. Politeknik Kota Belud, dua kali pecah tanah, bayang pun belum nampak lagi,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini. 

Dalam masa yang sama, beliau turut menggesa agar peruntukan RM18.7 bilion untuk Sabah dibuat mengikut pecahan dan ia perlu ditambah baik pada Belanjawan 2028. 

“Tolonglah wujudkan butiran khusus untuk Sabah bagi sekolah, hospital, klinik dan perbelanjaan pembangunan yang lain.

“Walaupun perkara ini sudah saya bangkitkan empat tahun lalu, kita bercakap tentang mahu menghapuskan kemiskinan, 

“Nah, Sabah ini setiap tahun jadi juara miskin,” katanya. –UTUSAN

The post ‘Politeknik Kota Belud, dua kali pecah tanah, bayang pun belum nampak lagi’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved