
SANDAKAN: Politeknik Sandakan Sabah (PSS), satu-satunya Politeknik di Borneo yang menawarkan Diploma Teknologi Akuakultur dan Diploma Agroteknologi, menerima 110 peratus pelajar baharu semasa hari pendaftaran di Hab Pendidikan Batu 10, di sini, baru-baru ini.
Jumlah peratusan itu bersamaan dengan 87 pelajar berbanding norma pengambilan 80 pelajar baharu.
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajarnya Effandy Masalleh, berkata bagi pelajar yang tidak berjaya bagi percubaan pertama mereka untuk permohonan kemasukan penganjian tinggi, rayuan kemasukan boleh dibuat dan akan diumumkan pada 8 Ogos ini.
Katanya, peningkatan pelajar baharu pada semester kali ini juga menunjukkan penerimaan lepasan SPM dari seluruh Malaysia dalam bidang Program Kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khasnya agroteknologi dan teknologi akuakultur.
SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more Minggu Suai Kenal, dari 29 Julai sehingga 2 Ogos, juga memperlihat semangat dan komitmen pelajar yang bersungguh-sungguh untuk menyambung pengajian di PSS, tambahnya.
“Minggu Suai Kenal ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar baharu dengan kehidupan dan persekitaran PSS selain mereka juga diperkenalkan dengan Penasihat Akademik masing-masing,” katanya. Penasihat akademik merupakan pensyarah yang akan menyelia pelajar sehingga mereka tamat pengajian.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


