
TAWAU: Politeknik Tawau Sabah (PTS) terpilih sebagai salah satu Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bagi pelaksanaan program HASiL Your Tax Buddy 2024 (HYTB@IPT).
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), Shaharrudy Othman berkata, HYBT@IPT merupakan program kolaboratif HASiL bersama dengan IPT sebagai usaha mendekati bakal pembayar cukai dalam kalangan mahasiswa sejak tahun 2022.
Menurutnya, HYTB berkonsepkan edutainment iaitu meliputi taklimat berkenaan fungsi dan peranan HASiL dalam membangunkan Malaysia serta layanan cukai kepada peniaga menerusi taklimat cukai bertajuk Siswa Niaga Bijak Cukai.
“Program ini turut diisi dengan aktiviti Taxplorace bagi menguji minda mahasiswa berkaitan akademik dan percukaian,”katanya sempena HYBT anjuran Lembaga HASiL Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melibatkan 100 pelajar PTS, pada Sabtu.
SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Sementara itu, Pengarah PTS, Mohd Sahran @ Awang Mohidin berkata, pihaknya amat mengalu-alukan bidang kerjasama pintar yang dianjurkan secara bersama di antara organisasi luar dan PTS.
Katanya, penganjuran HYTB dapat mengasah kemahiran dan pengetahuan mahasiswa yang terlibat, terutamanya menerusi aktiviti Taxplorace kerana memerlukan daya penyelesaian masalah dengan pantas dan kemahiran membuat keputusan secara kolektif.
Sempena program itu, dua mahasiswa PTS dilantik sebagai duta HYTB bagi memastikan program tersebut mampu memberi impak yang signifikan kepada HASiL.
Mereka ialah Muhammad Haiqal Hakimi Asis dan Nur Fatihah Abdullah yang akan berperanan membantu menyebarkan informasi percukaian yang diberikan kepada rakan-rakan pengajian di PTS.
Mohammad Haiqal menyifatkan pelantikan sebagai duta HYTB sebagai satu tugasan besar bagi dirinya dalam membantu rakan mahasiswa di PTS memahami tanggungjawab sebagai pembayar cukai pada masa akan datang, sama ada bekerja dalam industri ataupun menjadi usahawan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
