Politik di Sabah sudah berubah: Junz

LocalPolitics
7 Nov 2022 • 4:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Keadaan politik di Sabah kini sudah berubah, kata Naib Presiden Parti Warisan, Datuk Junz Wong.

Justeru, katanya, Warisan terus berusaha mahu membawa satu perubahan bukan hanya di Sabah tetapi Malaysia.

Antaranya, mewujudkan satu Blok Borneo yang akan mewakili semua rakyat negeri ini dalam pelbagai sektor pembangunan mengikut acuan sendiri tanpa dipengaruhi oleh persekutuan.