‘Politik murahan’, Anwar bidas pembangkang bangkit isu RUU 355

LocalPolitics
27 May 2023 • 7:26 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas tindakan pembangkang membangkitkan isu pembentangan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 dengan menyifatkannya sebagai “politik murahan”.

“Masa ada dalam kerajaan dia lupa. Bila jadi pembangkang dia bangkit.

“Itu bukan Islam namanya, itu ‘politik murahan’,” katanya selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Pada 16 Feb lalu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menggesa kerajaan memaklumkan status terkini RUU 355 sambil mempersoalkan bila akan dibentangkan di Dewan Rakyat.

SPONSORED CONTENT Under Armour introduces its latest outlet at the IMAGO Shopping Mall in Kota Kinabalu Kota Kinabalu: Everyday athletes and performance enthusiasts in Sabah can now get their hands on a wide range of performance gears in Sabah’s newest Under Armour outlet at the IMAGO Shopping Mall. Read more Ini kerana beliau mendakwa mendapat maklumat Jabatan Peguam Negara sudah meluluskan RUU itu untuk dibentangkan.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, berkata pindaan itu akan dibawa ke Jemaah Menteri untuk mendapatkan keputusan dasar.

Naim berkata, ketika ini pihaknya sedang menyediakan kertas Jemaah Menteri.

Akta itu sepatutnya dibentangkan untuk pindaan pada persidangan Dewan Rakyat hujung Oktober lalu, namun terbantut susulan pembubaran Parlimen.

Draf pindaan kepada akta itu yang dirujuk sebagai RUU 355 bagaimanapun sudah diluluskan Jabatan Peguam Negara pada 7 Okt lalu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.