Polperro Steak House santuni 30 anak-anak yatim, tawar harga RM3 kepada lebih 200 penduduk sempena pembukaan cawangan baharu

15 Jul 2024 • 2:02 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

DALAM usaha memperluas legasi makanan barat dengan hidangan yang besar tetapi harga berbaloi, Polperro Group Sdn Bhd melangkah setapak lagi dengan pembukaan cawagan kelapan di daerah Gombak pada Sabtu lalu.

Majlis Perasmian disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham bersama Ketua Pengarah Polperro Group Sdn Bhd, El-Aziizie Maskam dan isterinya Nadhirah Ahmad Nasir.

Dalam sesi temu bual bersama SinarPlus, El-Aziizie berkata, selari dengan slogan restoran nampak mewah tapi harga murah & berbaloi, pihaknya berhasrat untuk mengetengahkan konsep persekitaran yang lebih santai bagi cawangan baharu ini.

Beliau percaya persekitaran yang santai amat sesuai untuk keluarga dan kawan-kawan berkumpul sambil menikmati lebih 50 hidangan makanan dan minuman dengan harga yang murah dan bersaiz besar.

image is not available

Pada hari tersebut juga, seramai 200 penduduk di sekitar Gombak berpeluang untuk menikmati 11 menu terbaik dari restoran jenama tempatan itu dengan harga pengenalan serendah RM3 sahaja.

Pada masa sama, premis berkenaan turut menyantuni lebih 30 anak Yatim dari Kompleks Alkifayah pada hari berkenaan.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Ayahanda Rani Kulup, Juara Raja Lawak Musim Kelima, Man Raja Lawak, dan pempengaruh, Liena Iskandar serta King Cobra Bikers.

View Original Article